Aku rasa nak menulis tapi malas hendak menghuraikan dengan panjang lebar. Berikut merupakan isi-isi penting entri hari ini:
Kenapa intipati berita – semua berita, tempatan, antarabangsa – cerita benda-benda negatif, buruk – jarang cerita benda positif – psikologi manusia suka benda negatif – punca ramai pesimis berbanding optimis – pengaruh amygdala, bahagian otak – juga kawal emosi – bayi mula-mula tunjuk emosi marah – usia 5 bulan – penting kawal emosi sejak kecil – ada beza tindakbalas amygdala lelaki dan perempuan – mungkin punca perempuan lebih emosi.
Seterusnya aku berspekulasi:
Pessimisme manusia telah diketahui – suka negatif – gosip, backbiting, nafsu binatang – peringkat terendah – (tingkatkan diri) – kenapa masih disogok berita negatif? – konspirasi membodohkan manusia besar-besaran.
Emosi <–> hati – naik ke amygdala – oleh itu rawat/cuci hati – suspend our judgment.
Habis.
Faham kan? Kalau ada soalan boleh ajukan di ruangan komen.
Bapak angkat saya iaitu Adiman Muhammad, sudahlah gagah, ada six packs (lukis sendiri) pandai, kaya (baru beli rumah dah renovate bagai), jurukamera yang handal dan suka bagi tips percuma, pandai ambik gambar, pemurah, baik hati, kachak, kerja bagus (software engineer – cerah masa depan, anak bini tak makan pasir).
LEPAS TU NAB, baru-baru ni buat aplikasi iPhone/iPod Touch PERCUMA pulak daaahhh.. YA ALLAH.. ANAK SAPA NI, TAK TAUUUUU… *Makcik-makcik bergelimpangan histeria, saling berebut nak buat menantu*
Haaa… aplikasi apa kau tanya, Nab… Aplikasi waktu solat, kauuuu! Ko hado? *Keadaan bertambah serius, ada yang naik sawan, mulut berbuih-buih*
Sekianlah promosi merangkap puji-pujian untuk bebapak. Jemput download, jemput.
P/s: Jangan lupa masukkan £500 ke dalam akaun anakanda.
I feel like crap.
The crappiest crap ever.
This PhD is really really killing me. Rasa hendak mempergi-matikan semua benda.
A few more months to survive.
Bila kita ada keinginan untuk menulis tapi tiada topik menarik untuk dihuraikan dengan panjang lebar, maka kita akan menulis benda-benda rawak. Macam hari ini.
Saya sedang makan sepaket kacang gajus dan saya tak faham kenapa kacang gajus ini perlu disalut dengan seguni garam dan sekarang saya rasa seperti sedang makan sepaket garam cicah kacang gajus. Orang kata kalau banyak makan kacang cenderung dapat bayi lelaki. Eh tiba-tiba.
Pada 25 Februari lepas, iPod Touch saya yang bernama Andrea Hirata (AH) telahpun dicuri sewaktu di stesen keretapi. Mungkin kerana ini kali kedua kejadian seluk saku (beg) terjadi kepada saya sepanjang di Eropah, maka reaksi saya kali ini lebih tenang. Mungkin juga kerana yang hilang kali ini cumalah iPod Touch.
Saya sedikit sedih kerana sejak tahun 2009 AH lah yang menemani saya sepanjang waktu. Saya banyak merakamkan pelbagai peristiwa di dalamnya, sebab saya sudah tidak membawa pen dan buku nota. Bertambah teruk apabila saya mula menghargai dan menggunakan aplikasi-aplikasi Kindle, iBooks dan Kobo. Saya kini membaca tidak terhad pada helaian-helaian kertas sahaja tetapi juga secara digital.
Moralnya, orang-orang bijaksana dahulu kala tidak berjenaka apabila mereka katakan, “Jangan membenci sesuatu itu secara keterlaluan sebab kelak kita mungkin akan menyukainya.” (Merujuk kepada kisah cinta saya dan aplikasi-aplikasi bacaan digital).
Tiba-tiba dah jadi macam tak berapa rawak.
Saya terfikir, bagaimana pula sekiranya yang hilang/dicuri itu adalah telefon tangan saya? Hubungan saya dengan telefon tangan memang tak pernah akrab. Pernah berhari-hari tak jumpa dan saya langsung tiada inisiatif untuk mencarinya. Ini kerana saya seorang yang tidak suka dicari dan dihubungi melalui telefon. Emel pula hanya dibuka apabila ada talian internet yang malangnya tidak saya langgani pada telefon tangan.
Jadi sekiranya yang hilang itu adalah telefon tangan, berkemungkinan besar saya tidak akan berbuat apa-apa, lebih-lebih lagi mencari ganti. Perlukan sesuatu daripada saya? Tulislah surat dua minggu lebih awal. Lama sangat? Oh. Mungkin boleh hantar isyarat asap. Mudah-mudahan saya ternampak dan akan memberi isyarat balas.
Kebolehan untuk membaca bahasa badan kadang-kadang boleh juga menjadi sebuah sumpahan. Lebih-lebih lagi dalam sebuah situasi apabila berhadapan dengan seseorang yang bercakap tetapi malangnya semua bahasa badannya menafikan apa yang sedang diperkatakan. Pendek kata, you know that person is bullshitting and you have to pretend know nothing about it.
Pagi tadi saya menonton TED talks mengenai kesan atrazine (pestisid; bahan pencemar utama sumber air) ke atas alam sekitar dan kesihatan manusia secara langsung. Kuantiti tinggi atrazine, BPA (bisphenol-A) telah pun diketahui menyebabkan penghasilan hormon estrogen di dalam badan manusia.
Beberapa ekor katak (bahan ujikaji eksperimen) telah didedahkan kepada sejumlah dos kecil atrazine (0.1 bahagian per juta) dan hasil kajian mendapati berlakunya penghasilan telur pada testis katak-katak jantan. Paling menarik apabila katak-katak jantan tadi membesar dan menjadi dewasa, mereka menjadi cenderung untuk mengawan dengan katak-katak jantan. Hmmmmmmm.
Sekadar maklumat tambahan, bahan-bahan kimia seperti atrazine dan BPA sebenarnya begitu mesra dalam kehidupan seharian kita sejak di dalam perut ibu lagi. BPA misalnya masuk dengan mudah melalui botol-botol plastik, botol susu bayi.
Melihat kepada keputusan eksperimen ini, saya teringat bahawa kita sebenarnya memang bertanggungjawab ke atas diri kita sendiri (sama ada sedar atau tidak). Mungkin sekali-sekala (atau selalunya), kita mengambil pendekatan lain dengan meletakkan takdir Tuhan di tengah-tengahnya. Dan barangkali juga sikap suka menyalahkan Tuhan sebenarnya hanyalah salah sebuah bentuk eskapisme manusia.
Dia cakap masa kita kat dunia ni, orang-orang yang ada dekat kita (terutamanya keluarga) mungkin masa kat dunia ni je lah kita jumpa dan ada bersama-sama.
Tak tentu lagi kat akhirat kita akan jumpa.
Jadi selama mana kita masih ada kat atas dunia ni, buatlah yang terbaik untuk diorang.
Tak payahlah selfish sangat, asyik fikir perasaan dan kepentingan diri kita aje.After all, this life will only has meaning if it’s meant for others.
Sebab tu kedudukan mak ayah dalam Islam sangat tinggi, sebab diorang dedikasi seluruh hidup diorang untuk orang lain, iaitu anak-anak.
Akhirnya beberapa hari lepas, saya tonton filem Iran yang bertajuk A Separation (2011), setelah menonton trailernya beberapa bulan lepas.
A Separation (2011) merupakan filem Iran pertama yang memenangi Anugerah Oscar. Filem-filem Iran, seperti yang ramai kita tahu, amat menitik beratkan prinsip-prinsip Islam, maka A Separation (2011) tidak terkecuali. Tiada langsung pakaian yang menjolok, apatah lagi adegan ustazah/guru mengaji yang sedang dirogol/berkemban. Whoops!
A Separation (2011) memaparkan kisah sepasang suami isteri yang ingin bercerai disebabkan si isteri (Simin) mahu berhijrah daripada Iran ke negara lain (tak dinyatakan) demi masa hadapan anak perempuan tunggal mereka (Termeh) yang lebih cerah. Sungguhpun begitu, sang suami (Nader) terikat dengan tanggungjawab nombor wahidnya sebagai anak – perlu menjaga bapanya yang menghidap penyakit Alzheimer. Sebagai langkah permulaan, si isteri keluar dari rumah dan berpindah ke rumah ibu bapanya. Justeru, keseluruhan filem adalah mengenai pergolakan demi pergolakan yang berlaku di dalam tempoh perceraian.
Semua pelakon berjaya membawa watak mereka dengan sangat baik (kalau bukan cemerlang). Masalah-masalah yang diketengahkan adalah masalah-masalah biasa yang kita yakni golongan marhaen hadapi sehari-hari. Masalah-masalah biasa namun sangat menekan hidup. Keberkesanan lakonan mereka membuat saya ikut sama merasa tekanan hidup dan mahu memiat-miat telinga seorang kanak-kanak perempuan yang bermain-main dengan tong bekalan oksigen bapa si Nader. Maka jika anda mengharapkan adanya masalah-masalah golongan seperti Tan Sri, Datuk Seri, ternyatalah filem ini bukan untuk anda.
Filem A Separation (2011) penuh ada di Youtube. Tapi jika saya jadi anda, saya akan download filem itu (dan sari katanya) terlebih dahulu kerana kebarangkalian filem itu untuk dibuang atas alasan hak cipta memang tinggi.
SPOILER:
Sambil menonton, tidak dapat tidak saya membuat analisis saya sendiri: mengapa Simin begitu tegar mahu meninggalkan Nader? Saya tidak nampak adanya masalah di antara Simin dan bapa mertuanya. Malah bapa mertuanya lebih mengenali (dan menyayangi) Simin berbanding anaknya sendiri Nader. Simin juga begitu mengambil berat terhadap Nader sewaktu masalah datang bertimpa-timpa (petunjuk rasa cinta masih ada). Akhirnya saya tiba pada satu babak yang jelas-jelas menyatakan punca mengapa Simin bertindak sedemikian:
Sewaktu Simin menyuarakan hasratnya untuk bercerai, Nader tidak memujuk dan menghalangnya dari pergi. Lalu Simin berasa kecil hati dan tidak disayangi. Kemudian merajuk. Haihh.
Nader pula sebagai seorang suami yang matang serta anak yang bertanggungjawab tidak nampak di mana perlunya Simin mengada-ngada seperti itu (dia lupa barangkali seorang perempuan itu sentiasa mahu rasa disayangi dan dipujuk-pujuk tak kira betapa tua pun usianya).
Maka sekiranya Nader meladeni rajuk Simin lalu memujuknya, nescaya Simin tidak akan keluar dari rumah dan filem A Separation (2011) pun tak akan wujud. Keh keh keh!