hanakirana.com

bila di sini sekejap aku gunakan ‘aku’, sekejap aku gunakan ’saya’. ikutlah.

Life, Oh Life! II

November27

Ketiga

Perkara ketiga ini berkait rapat dengan perkara Kedua yang aku tulis semalam. Terjadi dua kali di tempat yang berbeza, sehingga aku rasa Tuhan pastinya mahu aku belajar sesuatu darinya.

Pertama kali, berlaku di Mostar. Aku dan sekumpulan budak-budak muda yang bercuti semester di dalam perjalanan ke air terjun Kravice, air terjun paling cantik setakat ini yang pernah aku lihat.

Air terjun Kravice

Di awal perjalanan, dia bercerita betapa sulitnya menjadi seorang Muslim di atas muka bumi ini, terutamanya di Mostar, yang dimusuhi dan sering menjadi buruan Serbia, Croatia dan sekutu-sekutunya. Namun di hujung perjalanan, dia tanpa segan silu menogok bir di hadapan aku. Bahkan, seorang rakan dari Amerika pula akhirnya memesan Coke, demi menghormati aku.

Diam-diam, dalam hati aku mencerca. Dia, mengaku Muslim namun tidak segan-silu menogok bir.

Insiden Kedua juga sama. Dia, mengaku Muslim namun tidak berpuasa.

Sehingga akhirnya aku teringat Saidina Ali r.a pernah berpesan, “Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang diperkatakannya.”

Maka, perlukah lagi aku mempertikaikan peribadi mereka, sedangkan apa yang mereka perkatakan lebih utama untuk aku perhati dan ambil pelajaran?

10 Comments to

“Life, Oh Life! II”

  1. On December 1st, 2009 at 7:25 am Unsunghero Says:

    Hana…doakan sahaja mereka kembali ke pangkal jalan. apa khabar?

    [Reply]

    حانا كيرانا Reply:

    Khabar baik. Abg. Jep? :)

    [Reply]

  2. On December 3rd, 2009 at 4:34 am mayyalatifah Says:

    you pergi ke Bosnia?macedonia?kosovo pergi tak?
    3 negara tu adalah negara kedua,ketiga dan keempat saya akan pergi selepas Mekah bila saya kaya 3 4 tahun lagi. sebab saya ada kawan baik dari 3 negara tersebut..Dan, yang dari kosovo itu, adalah boyfriend-tak-jadi saya.

    [Reply]

    حانا كيرانا Reply:

    Kosovo belum lagi. InsyaAllah, suatu hari nanti. :)

    [Reply]

  3. On December 3rd, 2009 at 8:48 am puan langsat Says:

    cantiknya air terjun tu

    [Reply]

    حانا كيرانا Reply:

    aha. macam yang ambik gambar tu jugak. hahahaha

    [Reply]

  4. On December 5th, 2009 at 11:12 am atiza Says:

    Anggap apa yang kita dengar dan nampak sebagai pengajaran..

    [Reply]

    حانا كيرانا Reply:

    ye betul tu, Kak Aie.. :D

    [Reply]

  5. On December 6th, 2009 at 5:11 am mardhiah Says:

    Kalau senang jenjalanlah ke kickdefella.com & baca Surat Cinta Tuan Puteri Nik Amelina. The mother, Tuan Sabariah pun menulis pasal her hubby (Nik Aziz) gak. Bukulah tajuk lupa dah. Kalau kat Melaka ni ada dijual di Popular Book Store, Jaya Jasco, Ayer Keroh.

    Saya cuma nak Hana banding output ketiga-tiga (Sheih, Amalina & Tuan Sabariah) dan nilailah sendiri.
    Entri terkini mardhiah : Menara Gedembai My ComLuv Profile

    [Reply]

    حانا كيرانا Reply:

    Terima kasih, Mardhiah. :)

    [Reply]

Email will not be published

Website example

Your Comment:

CommentLuv Enabled

 

Tumblr Saya