hanakirana.com

bila di sini sekejap aku gunakan ‘aku’, sekejap aku gunakan ’saya’. ikutlah.

Ini bubuh tanda (tagged)

December21

 

Hai. Nama beliau Qam Beng Yang Kachak. Beliau menetap di West Midland Safari Park

Hello! Nama beliau Qam Beng Rupa Wan. Beliau kini menetap di West Midland Safari Park. Dan bergiat secara serius di dalam seni lapangan memberi pose terhebat kepada para pengunjung.

Hari ini hari Ahad. Seperti yang anda sedia maklum, saya adalah penonton setia tak berbelah bahagi TV3. Maka apabila bangun tidur sahaja di hari Ahad, antara benda pertama yang saya buat adalah melayari laman web TV3 dan dengan tangkasnya mengklik MELODI. 

Benar wahai tuan-tuan dan puan-puan. Sungguhpun kita jauh dari negeri yang situasi politiknya semakin macam haram itu, hal ehwal artis tempatan mestilah sentiasa diambil tahu. Agar tidak menyesal kerana ketinggalan dalam hal ehwal gosip artis di kemudian hari. Maka apabila ISP rumah saya yang sedia gampang ini gigih menggampangkan dirinya pada pagi ini, saya pun naik hangin. Kerana menggangu jejas usaha saya untuk mengambil berat ’situasi genting’ yang sedang berlaku di tanah air. JERIT-jerit gua tak main la. Heh.

Ok, sudah habis menonton Melodi. Kita beralih pula kepada ‘isu penting’ seterusnya. Ya ini penting kerana melibatkan calon-calon laki saya yang entah ada entah tidak itu. Maklum, saya ini sudahlah hodoh, gemuk, rabun, Betty, buta fesyen, tidak gemarkan sambal belacan pula. *menangis pilu melampau-lampau*

Saya telah dibubuh tanda oleh Cik Ice (tak lama lagi Puan). Pada asalnya saya yang terkinja-kinja kiut hendak membuat aktiviti ini. Tetapi barangkali untuk melindungi efek melampau gedik saya, maka beliau pun secara rasminya membubuh tanda saya (sila rujuk bahagian komen). Maaflah Ice, ada sesetengah jawapan kau sama macam aku, jadi aku biarkan saja. Err.. Kau OK, kan? ;)

7 ciri-ciri wanita/lelaki idaman anda:

1. cool
2. memahami – faham yang saya selalu suka bersendiri dan tak suka dihurung oleh orang ramai. Juga faham yang saya dan alam semulajadi khususnya hutan, sungai dan air terjun tak boleh dipisahkan. Ada masanya, saya MESTI masuk hutan dan tak boleh berada di tempat-tempat yang sibuk dan semak dengan orang untuk jangka masa panjang, sebagai contoh Kuala Lumpur, Jakarta dan Bogor.
3. berkarisma
4. bijaksana
5. penyabar – ada masanya saya boleh bertukar menjadi makhluk jadi-jadian yang sangat menyakitkan hati.
6. kelakar
7. lebih dominan daripada saya (saya seorang yang dominan, maka kalau ada seorang lelaki yang berjaya mendominasi saya, maka saya akan mengidolakan beliau. dominasi dalam erti kata dia berjaya buat saya ikut cakap dia dengan rela hati)
8. pandai dan suka memasak
9. tak takut pacat.
10. badan sederhana (ya walaupun saya gemuk tapi demand pasangan yang badan solid. boleh?) 

oh dah terlebih.

7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup:

1. Leon Lai Ming – tak tahan. dulu punyalah sawan tengok cerita cina petang-petang masa Maghrib tu (sila rujuk waktu Maghrib di Sandakan, Sabah).

2. Nazruddin Habiburrahman – Benar. Saya pernah tergila-gilakan beliau. Lepas dengar berita dia nak kahwin tu, meraung tak hengat ok.

3. Mohd. R – kisah bersiri tentang beliau pernah saya tulis di blog lama. Jenuhlah kalau nak tulis lagi pasal dia kat sini.

Aku, Dia dan Piano I
Aku, Dia dan Piano II
Aku, Dia dan Piano III
Aku, Dia dan Piano IV
Aku, Dia dan Piano V

Kalau Saya Sayang Awak…?
Kalau Saya Sayang Awak…? II 

Look, Aku Tak Mahu Tahu Sebarang Solution 

4. Morita-san – beliau adalah rakan sekerja saya dahulu. Kini sudah pulang ke negara asalnya iaitu Jepun. Tak, dia tak tahu pun saya minat dia. Tapi mungkin dia boleh agak. Haha.
5. belum ada/tak ingat. kalau tiba-tiba teringat nanti saya update.
6. sama macam no. 5.
7. ………… ……… – atas sebab-sebab keselamatan dan mengelakkan kontroversi luar kawalan, saya terpaksa merahsiakan nama beliau. Beliau adalah bekas kekasih saya.

*Kesimpulan – Lelaki dengan chinese looks selalu berjaya melekat di hati saya. ;)

7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati :

1. berdebar-debar (ini standard piawaian SIRIM)
2. malu-malu (poorahh chet!)
3. segan
4. seram sejuk
5. kalau makan susah nak habis (eh ini kategori perasaan ke?)
6. rasa malas bercakap (bayangkan. Dah lah saya ini memang semulajadi tak banyak bercakap. Silap-silap orang ingat bisu).
7. rasa tak nak balik rumah, nak bersama-sama beliau aje.

7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda:

1. Makkah/Madinah
2. Tibet
3. Taman Tergantung Babylon
4. Switzerland
5. Pantai – lebih spesifik: sewaktu matahari terbenam, supaya dapat turut sama dengan sekalian jin menonton matahari terbenam.
6. Perigi di Kg. Bukit Jenun, Kedah.
7. Kedai Runcit Biji Kopi dan Daun Teh di hari pembukaannya pada 1 Julai 2021 (kalau hidup lagi).

7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda:

1. tiket penerbangan percuma untuk menemani saya ke salah satu (satu sahaja ok) destinasi di atas.
2. PS -
3. dompet kulit dengan mesej tersirat “Sila simpan duit banyak-banyak untuk saya belanja bulan depan”.
4. PDA/iPod.
5. Buku-buku kegemarannya – oh beliau juga haruslah suka membaca dan berpengetahuan luas agar tidak dipandang bodoh oleh saya. nanti siapa yang berdosa? sayaaaaaaa jugaaakkk.
6. topi (cap), baju, apa-apalah ikut mood saya.
7. masakan kegemarannya – walaupun saya tak pandai masak, tapi saya akan berusaha untuk masakkan makanan kegemarannya.

7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan : 

1. Aku dan Dirimu – Ari Lasso dan BCL
2. Dari Kekasih Kepada Kekasih – Hattan
3. You Give Me Something – James Morrison
4. Bubbly – Colbie Caillat
5. Love You So – Natalie Cole
6. Aku Cinta Padamu – Sheila Majid
7. Kiss Me – Sixpence None The Richer (gatal, mintak cium :P )

Untung siapa dapat saya, kan? *sambil tertawa tersipu-sipu malu macam tapir*

Bubuh tanda 7 rakan yang anda mahu mereka buat PERIHAL 7 ini :

1. Saharil (walaupun saya tak yakin dia akan layan)
2. Bapak angkat
3. Yoshz
4. Peraih Udang dari Zimbabwe
5. Paival
6. Zakzak (wahahaha! ambik mu)
7. Tuan Tanah

*Eh kenapa saya nampak Awie pakai rantai macam saya, ya? Warna kuning-kuning giteww, auww.

**Hati saya menggigil-gigil geli mendengar Stacy cuba cakap Semenanjung. Sama saja tahap geli-geli saya bila dengar orang Semenanjung yang cakap Sabah tak jadi.

***Saya berhutang satu entri – ya ada. Saya selalu ingat hutang-hutang saya. Tapi kadang-kadang lupa. Atau buat-buat lupa. Malam ni saya buat. Itupun kalau tak sibuk kemas barang untuk ke Wales besok.

6 Comments to

“Ini bubuh tanda (tagged)”

  1. On December 21st, 2008 at 1:58 pm paival Says:

    waduh… aku baru sj tag kau, kau pula tag aku.. HAHAHAHAH.. akan disahut cabaran ini (mau translate balik satu hal juga ni hehehe)

    [Reply]

  2. On December 21st, 2008 at 2:00 pm Gua la, sapa lagi Says:

    ya nasib tagged kau tu senang mau ditranslate pi BM. haha

    [Reply]

  3. On December 21st, 2008 at 3:27 pm bapak Says:

    adoyaaaaaaaaaaaaaiii.. tatau lak tag kali ini berunsur begini!! haha

    [Reply]

  4. On December 21st, 2008 at 9:15 pm Gua la, sapa lagi Says:

    wahahahahaahahahaaha bapak tertipu. suka bukan dengan tag? ayahanda suka takkk??? sukaaaa… seronokkkkk….

    [Reply]

  5. On December 22nd, 2008 at 3:56 pm bapak Says:

    PULANGKAN DUIT BAPAKK!!!!

    [Reply]

  6. On January 25th, 2009 at 12:09 am ini hutang « Qronic Qronicles Says:

    [...] 25, 2009 oleh tuan tanah Hana Kirana yang suruh buat. Tiada kena mengena untuk tujuan mencari bakal [...]

Email will not be published

Website example

Your Comment:

CommentLuv Enabled

 

Tumblr Saya